Elak berada di kawasan lapang ketika petir, kilat

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

ORANG ramai dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan tanah lapang seperti padang bola sekiranya berlaku petir atau kilat. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah, Datuk Seri Safar Untong turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak disambar petir atau kilat. 

Menurutnya, peringatan itu susulan fenomena petir atau kilat yang kerap berlaku di Sabah sejak kebelakangan ini. 

“Fenomena petir atau kilat yang berlaku di beberapa tempat ketika ini yang menghasilkan sambaran petir atau kilat boleh mengenai manusia sekiranya berada di kawasan terbuka dan mengakibatkan kecederaan serius serta membawa maut.

Baca artikel berkaitan: Hujan lebat diramalkan di 6 negeri petang ini

“Jauhi kawasan lapang seperti padang bola dan kawasan lapang lain sekiranya berlaku petir atau pun kilat bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah merujuk kepada kejadian dua remaja disambar petir yang mengakibatkan salah seorang daripadanya meninggal dunia, semalam. 

Dalam kejadian pukul 3.55 petang di Papar, semalam, seorang remaja orang kurang upaya (OKU), Muhmmad Zulqilfle Redzwan, 13, maut, manakala rakannya Assiy Qusyairy, 13, cedera parah akibat disambar petir ketika bermain bola sepak di Padang Pekan Papar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima laporan itu pada 4 petang dan Muhmmad Zulqilfle disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya dikejarkan ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This