ENAM buah negeri diramalkan mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 5 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberitahu, ia membabitkan Pahang (Maran, Bera dan Rompin) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).
Katanya, cuaca sama dijangka berlaku di Melaka dan Johor membabitkan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.
“Turut berdepan cuaca sama ialah Sarawak membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau) dan Miri (Miri dan Marudi),” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Agong berkenan berangkat ke Majlis Raya Pemangku Raja Pahang
MetMalaysia menambah, di Sabah cuaca sama membabitkan kawasan pedalaman Beaufort dan pantai barat iaitu Papar.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

