SEORANG pencuri ditahan selepas keretanya terbabas dan terbakar ketika cuba melarikan diri.
Kejadian berlaku di Kampung Pohon Tanjong, Pasir Pekan, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang pekerja kedai runcit pada pukul 11.09 malam.
Beliau berkata, dalam kejadian pukul 8 malam itu, pengadu sedang bekerja menjaga kaunter bayaran di sebuah kedai runcit dekat Pasir Pekan Tengah, Pohon Tanjung sebelum didatang suspek seorang lelaki Melayu yang mahu membeli ais batu.
“Semasa pengadu sedang mengambil ais batu di dalam peti ais, suspek telah mengambil telefon milik pengadu yang berada di atas meja kaunter pembayaran.
“Suspek kemudian masuk ke dalam kereta Proton Saga berwarna hitam dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, telah berlaku aksi kejar mengejar antara orang awam dan suspek sehingga menyebabkan kereta suspek melanggar sebuah tembok sebelum terbakar.
Katanya, kereta suspek telah terbakar hangus dan berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.
“Suspek seorang lelaki berusia 36 tahun berjaya ditahan manakala rakan sejenayah telah melarikan diri.
“Pemeriksaan pada tubuh suspek menemui sejumlah pil kuda dan hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah methamphetamine,” ujarnya.
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai 12 rekod dadah, curi, pecah rumah dan samun.
Suspek juga merupakan orang yang dikehendaki di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai rakan suspek yang dikenali sebagai Amir Kutan diminta tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Hasnizan Ismail di talian 01131671373.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

