SEORANG pesara jabatan perhutanan luka di kaki selepas motosikal yang ditunggangi dilanggar Perodua Alza di simpang tiga, Jalan Citrus Valley, Dungun, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 3.10 petang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila pemandu Perodua Alza berusia 27 tahun dalam perjalanan dari Durian Mentangau ke Delong.
“Sampai di tempat kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Adv 150 telah membelok masuk ke persimpangan menghala ke Plaza Tol Kuala Dungun.
“Akibat jarak terlalu dekat, pemandu Alza tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Akibat kemalangan itu, mangsa berusia 66 yang melambung mengalami kecederaan luka di kaki kiri dan sedang menerima rawatan di Hospital Dungun.
Jelasnya, kedua-dua kenderaan mengalami kerosakan dan kes disiasat di bawah Rule 3(2)(b)LN 166/59.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

