Kerajaan Perpaduan hampir muktamad bahagi kerusi di Kedah

Dari Penulis

PEMBAHAGIAN kerusi dalam kalangan parti gabungan Kerajaan Perpaduan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hampir dimuktamadkan.

Bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, tidak dapat memberi maklum balas terkini berhubung situasi pembahagian kerusi di negeri lain terlibat PRN.

“Kita hampir memuktamadkan pembahagian kerusi itu untuk (PRN) negeri Kedah.

“Lain-lain negeri (perkembangan agihan kerusi) apabila saya berada di negeri berkenaan,” katanya ringkas seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program Walkbout Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah ke Desa Keda Sadek, hari ini.

Baca artikel lain: Pembinaan semula LCS selepas kontrak tambahan dimuktamad – Panglima Tentera Laut

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof telah mengadakan beberapa siri perbincangan berkaitan isu peruntukan untuk Ahli Parlimen pembangkang.

“Ia akan dimuktamadkan dan pengumuman akan dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada peruntukan itu akan diteruskan, beliau memberitahu, kerajaan pada peringkat awal telah bersetuju untuk tujuan perbelanjaan pentadbiran.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This