Suami isteri wheelie berbaju raya serah diri selepas dua hari menghilang

Dari Penulis

SEPASANG suami isteri yang tular melakukan aksi wheelie berbaju raya di Jalan Pasir Puteh, Kampung Peringat menyerah diri selepas dua hari menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pasangan berusia 17 dan 16 tahun itu ditahan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu pada pukul 10 pagi tadi.

“Mereka ditahan di lokap dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu bagi tahanan reman.

“Siasatan lanjut akan dijalankan dan kes disiasat dibawa Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang dan menghentikan aktiviti tidak bermoral ini.

UtusanTV sebelum ini melaporkan polis telah membuat serbuan di sebuah kediaman dekat Kampung Machang Bubok, Peringat, pada 5.50 petang kelmarin, tetapi pasangan remaja berkenaan tiada di rumah.

Polis bagaimanapun berjaya merampas sebuah motosikal jenis Honda C-110B berwarna putih, sepasang baju kurung dan baju Melayu berwarna biru.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This