Spurs tak sedar diri, berlagak seperti pasukan besar

Dari Penulis

KETIKA dahulu, pasukan Top 4 diketahui penyokong bola sepak sebagai Manchester United, Liverpool, Chelsea dan Arsenal tetapi Man City dan Tottenham Hotspur ditambah untuk menyempurnakan senarai Top 6.

City boleh diterima atas kejayaan hebat mereka sejak diambilalih Arab Saudi namun ramai meragui status Spurs

Kehadiran Spurs ke dalam senarai kelab teratas di England hanya berdasarkan cara permainan mereka yang ditunaskan oleh prestasi Harry Kane, Son Heung Min dan Christian Eriksen tetapi sehebat mana pun pemain mereka, Spurs tidak mempunyai bukti fizikal tentang kemampuan mereka.

Kabinet piala mereka masih kosong namun gelagat mereka kini seperti sudah menjuarai Champions League 10 kali.

Sudah beberapa tahun, Spurs sering dibelenggu masalah untuk mengekalkan jurulatih – mengambil setiap peluang yang ada untuk menukar kepada jurulatih baharu atas dasar “prestasi buruk” tetapi tidak sedar bahawa mereka sepatutnya perlu salahkan diri sendiri.

Daniel Levy, Presiden Tottenham Hotspur bersama konco-konconya dalam kelab sering meletakkan beban kepada jurulatih untuk mengekalkan standard yang tinggi kelab London itu tetapi bagaimana untuk kekalkan sesuatu yang mereka tidak pernah pun ada?

Standard tinggi dalam Spurs merupakan mitos, satu agenda yang dibuat oleh Daniel Levy untuk memanipulasi pasukannya dan ahli-ahli kelab untuk percaya bahawa seorang jurulatih ialah pihak yang perlu disalahkan jika mengalami kekalahan atau prestasi buruk.

Namun hakikatnya, hierarki Spurs tidak mempunyai mentaliti yang setaraf dengan kelab besar lain.

Daripada Jose Mourinho sehinggalah Antonio Conte, mereka semua sering bercakap perkara  sama; kelab ini tidak mempunyai cita-cita dan jiwa untuk berjuang dalam persekitaran persaingan yang tinggi.

Selepas Conte mengutuk pemain dan Daniel Levy, warga Itali tersebut dibuang kerja serta merta. Adakah sebab prestasi buruk atau sebab Levy tidak boleh menerima kritikan berat yang turut diperkatakan oleh jurulatih lain sebelum ini? Apa yang berlaku membuktikan bahawa Spurs tidak mempunyai cita-cita.

Ketika musim panas, pihak pengurusan kelab sering mencari pilihan pemain bajet rendah daripada mencari prodigi masa depan atau bakat yang sudah dibuktikan – satu aduan yang dibuat Mauricio Pochettinho sebelum warga Argentina itu dibuang oleh Spurs.

Ini sememangnya bukan mentaliti yang ada dalam kelab besar seperti Liverpool, Manchester United, Arsenal dan lain-lain.

Spurs bukannya sebuah kelab besar namun berlagak seakan-akan boleh menjejak bumi yang sama dengan kelab paling berprestij di England.  Ego sebesar stadium. Stadium mahal untuk pasukan yang teruk.”

Tak guna membina stadium baharu jika mentaliti kelab tidak berubah.  Buatlah macam mana pun, ungkitlah semua kemenangan yang mereka ada menentang kelab besar lain tetapi jangan lupa tangan mereka masih kosong.

*Penulis adalah graduan kewartawanan UiTM*


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kisah ‘ini kalilah’ Tangkak dan panglima mencatur permainan

BARU-BARU ini saya pulang ke kampung di Melaka, saya keluar ikut tol Tangkak, Johor. Keluar dari tol, saya menghala ke...

More Articles Like This