
SALAM Syawal Al-Mubarak 1444H kepada semua anak bangsaku yang bijaksana. Ini rencana saya yang ketiga dalam siri percambahan pemikiran berkaitan agenda kemakmuran bangsa.
Kali ini saya berhasrat menukar cerita Mat Jenin ciptaan kolonial Barat yang cuba merosakkan budaya pemikiran anak bangsa dengan cara merencatkan keinginan mereka untuk berangan-angan.
Dari angan-angan itu akan ada di antara mereka mampu membina cita-cita atau daya cipta. Perosak budaya pemikiran dalam kalangan kolonial Barat memendekkan hasrat anak bangsa dengan menjadikan punca Mat Jenin jatuh pokok kelapa kerana dok asyik berangan-angan.Â
Hatta, hingga kini kebanyakan anak bangsa masih malas nak berfikir, khuatir akan dicemuh, kononnya mereka berangan semacam Mat Jenin. Itu usaha kolonial Barat yang tidak pernah disanggah hingga kini.
Semasa kami, MPM bersama enam lagi institusi sekutunya merancang penganjuran Himpunan Renaisans & Perpaduan Melayu 2015, salah satu misi kami ialah untuk membina daya cipta, bersama lain-lain daya tahan, dalam kalangan anak bangsa.
Itu hasrat kami dan itu sebabnya kami sepakat memberanikan diri menganjurkan himpunan itu. Hendaknya, dengan terbina daya-daya itu anak bangsa mampu bangkit menjadi bangsa yang hebat, bermaruah dan diberkati.
Tan Sri Idris Jusoh, yang bersama kami dalam pasukan petugas penganjuran himpunan itu, tampil dengan ilham dan tindakan bernas.
Melalui rencana ini saya mengajak anak-anak bangsa untuk bersama:
- – Mengimbas kembali penganjuran himpunan itu, dan
- – Menjenamakan semula kerangka pemikiran Mat Jenin ini sebagai golongan mereka yang mempunyai daya tahan, daya fikir dan daya cipta tinggi, yang berani berfikir setanding lain-lain bangsa hebat dalam dunia metaverse ini.Â
Anak-anak bangsa sekalian wajib menggunakan masa yang terluang mengasah minda. Jika dulu emak ayah kita membanting tulang mengasah pisau menoreh getah, atau mengasah sabit menuai padi, generasi anak bangsa di alaf dunia metaverse ini wajib melipatgandakan usaha mengasah minda menjadi setajam mungkin.
Baca artikel berkaitan: Segerakan pembaharuan, daya saing Malaysia tarik pelaburan asing makin luntur
Kerangka pemikiran Melayu alaf baharu.
Kerangka pemikiran Melayu itu adalah hasil daya fikir Idris Jusoh, yang mengajak kita semua menelusuri setiap jalur pemikiran itu. Lapan tahun yang lalu (2015) kerangka pemikiran itu beliau cetuskan.
Ia segar dalam ingatan kami rakan penganjur Himpunan 2015 hingga kini. Anak-anak bangsaku sekalian, telusurilah setiap jalur pemikiran itu dan cungkillah khazanah yang terkandung di dalamnya.
Di setiap jalur itulah sebenarnya petunjuk destinasi anak bangsa. Jangan malas, jangan selesa dan jangan angkuh.
Ayuh, jenamakan kerangka pemikiran Idris Jusoh itu bagi menjenamakan kerangka pemikiran Mat Jenin. Tindak-tanduk Mat Jenin adalah bermaruah.
Malangnya hasratnya dipersendakan oleh kolonial Barat, yang cuba menghalang bangsa ini, di zaman itu, untuk maju setanding mereka.
Destinasi anak bangsa seterusnya ialah mengangkat, memartabat dan memperkasakan kedua-dua kerangka pemikiran itu, yang dipelopori Idris Jusoh dan Mat Jenin, untuk menyuntik keberanian anak bangsa bangkit menjadi bangsa berdaya cipta hebat, bermaruah dan diberkati.
Insya-Allah, dengan izin-Nya jua.
Penulis adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM)
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

