
Melepas batok di tangga. Kerja separuh jalan. Amanah yang tak disempurnakan. Tugasan yang tak disiapkan. Melepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Tindakan yang menyusahkan orang lain. Tidak bertanggungjawab.
Saya amat yakin SEMUA masalah dan rintangan yang menghalang negara kita dari membangun dengan lebih pantas TELAH kita kenal pasti sekian lama. Tidak ada masalah baharu. Masalah lama yang sama, berulang-ulang.
Negara kita membangun tetapi tidak semua merasai manfaatnya dan keupayaan kita untuk menjadi sebuah negara yang hebat, disegani, dan dicontohi masyarakat global semakin tergugat dan mencabar.
Saya pasti, ramai yang lekas menyalahkan kerajaan, salah pemimpin dahulu dan pemimpin sekarang. Pemikiran kita dibelenggu dengan sempadan yang sempit, mesti salah kerajaan. Yang lebih terbelenggu akan melompat ke cerita politik. Itulah segalanya, jawapan untuk Malaysia.
Saya yakin setiap kita, rakyat, industri/pemilik firma, dan kerajaan semua ada bahagian masing-masing yang membawa Malaysia ke sini. Tidak mungkin kerajaan sahaja. Rakyat, pemilik firma dan kerajaan membentuk negara ini. Apa silap kita? Apa yang boleh kita ubah untuk negara kita dapat segera keluar dari kemuraman ekonomi ini.
Malaysia punya pengalaman dan asas pembangunan yang hebat. Kita ada potensi untuk melonjak. Kita ada kekuatan. Masih ada ruang tetapi mesti bermula segera. Kita perlu bersama menyemarakkan pembangunan negara. Saya dilatih dengan slogan ‘Ask What You Can Do?’
Mari bersama saya, ‘Tanya Diri Kita, Apa yang Boleh Kita Lakukan’? Sudahlah berbalah. Cukuplah. Mari bersama kita jaga negara kita.
MINDA-UKM: Bersama Membangunkan Negara
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

