Hamidin yakin skuad B-22 mampu raih ‘ibu emas’ di Kemboja

Dari Penulis

PRESIDEN Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yakin skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) mampu mengulangi pencapaian gemilang Malaysia merangkul ‘ibu segala emas’ 12 tahun lepas di Jakarta, pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Hamidin berkata, keyakinan itu berdasarkan semangat juang tinggi dimiliki skuad negara selain peluang sama rata buat semua pasukan yang bertanding pada temasya dwitahunan itu, walaupun mengakui Malaysia diundi dalam kumpulan ‘maut’ seawal peringkat kumpulan.

“Kalau dilihat pada Sukan SEA tahun lepas di Hanoi, kita kalah pada perlawanan waktu kecederaan dengan pasukan tuan rumah (Vietnam), jadi seperti saya katakan kepada pemain bahawa peluang ini semua sama rata.

“Kalau pemain kita (di tahap) tinggi atau bersedia daripada semua aspek, kecergasan, fikiran dan komitmen mereka, saya rasa kita boleh melangkaui kejayaan seperti 2011 apabila kita menang emas di Jakarta. Jadi tak mustahil dan mereka perlu fokus dan bersedia untuk berkorban,” katanya.

BERITA BERKAITAN Jangan terus dibayangi ‘Kisah Hanoi’, fokus misi sebenar – Hamidin

Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) SAM 2023 di Kelab Golf Seri Selangor, hari ini.

Beliau bagaimanapun berharap anak buah E. Elavarasan yang berangkat ke Kemboja esok, tidak terlalu memikirkan berkenaan pesaing yang akan dihadapi sebaliknya memberikan usaha sehabis baik pada setiap perlawanan.

Bagi saingan edisi kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan dijadualkan bertemu Laos (3 Mei) seterusnya Thailand (6 Mei) dan Vietnam (8 Mei) dan Singapura (11 Mei).

Perjalanan skuad bola sepak negara di temasya dwitahunan pada edisi lepas terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas 0-1 kepada juara bertahan Vietnam.

Pada 12 tahun lepas di Jakarta, Malaysia meraih emas dengan menewaskan tuan rumah 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1. – Bernama

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This