Jangan terus dibayangi ‘Kisah Hanoi’, fokus misi sebenar – Hamidin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

‘KISAH Hanoi’ yang menyaksikan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan pulang hampa tanpa kilauan pingat perlu diletakkan ke tepi.

Sebaliknya, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mahu skuad B-23 kembali bersedia dengan misi sebenar dalam saingan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan mulai 1 Jun ini.

Hamidin juga tidak mahu ‘kisah Hanoi’ terus membayangi pemain-pemain muda negara.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan anak buah Brad Maloney, hari ini turut menyuarakan keyakinan bahawa skuad muda negara mampu melakar keputusan baik.

Namun begitu, kata beliau, semuanya akan berlaku andai mereka kekal fokus dan mempamerkan kesungguhan tinggi dalam perlawanan.

“Saingan Piala Asia B-23 2022 adalah misi sebenar skuad muda negara ini selepas menggalas cabaran di Sukan SEA Hanoi. Jangan cepat berpuas hati, pemain-pemain kena berikan aksi lebih baik. Mereka perlu kekal fokus dan tidak perlu tertekan kerana kita sedar kejohanan pentas Asia ini lebih mencabar.

“Berdepan juara bertahan, Korea Selatan dan dua pasukan musuh serantau Thailand dan Vietnam dalam saingan Kumpulan C bukan mudah namun itu tidak bermakna kita tidak ada peluang,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: FAM tawar ‘tiket kombo RM100’ Kelayakan Piala Asia 2023

Hamidin turut berharap skuad B-23 akan berjuang habis-habisan hingga titisan keringat yang terakhir dalam kejohanan tersebut.

Skuad B-23 akan berlepas ke Tashkent, Uzbekistan pada Ahad ini sebelum memulakan kempen Kumpulan C berdepan Korea Selatan pada 2 Jun, Thailand (5 Jun) dan Vietnam (8 Jun).

Dalam perlawanan pingat gangsa Sukan SEA Hanoi Ahad lepas, Malaysia tewas 3-4 kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 1-1 dalam perlawanan selama 90 minit yang memaksa pemenang ditentukan melalui ‘loteri’ tanpa memasuki masa tambahan 30 minit.

Keputusan itu bermakna skuad negara gagal meraih sebarang pingat pada Sukan SEA buat kali kedua berturut-turut selepas skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee merangkul pingat perak pada edisi Kuala Lumpur 2017.

Kali terakhir Malaysia memenangi ‘ibu segala pingat’ Sukan SEA pada edisi 2011 di Indonesia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Agong titah KP SPRM laksana amanah penuh integriti

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan nasihat kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abdul Halim...

More Articles Like This