Orang kata kalau hendak turunkan berat badan kita perlu kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian. Tapi susahnya hendak elak makanan dan minuman manis. Ada sahaja yang teringin hendak dimakan. Tambah-tambah lagi di musim perayaan, banyak betul makanan dan minuman yang sedap.
Namun begitu, mahu atau tidak, kita tetap perlu kurangkan kadar pengambilan gula dalam kehidupan kerana ia mampu memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan badan.
Tidak perlu berhenti secara drastik, lakukan secara perlahan-lahan dan jadikan sebagai amalan.
Tip kurangkan pengambilan gula dalam kehidupan seharian
• Minum air kosong secukupnya
• Kosongkan pantri atau dapur daripada makanan yang tidak sihat
• Jangan berlapar terlalu lama
• Hadkan penggunaan gula, susu pekat manis, dan krimer manis kepada 1 sudu teh sahaja setiap cawan minuman
• Gantikan gula putih kepada madu
• Elakkan penambahan gula dalam masakan
• Jaga saiz hidangan makanan dan kawal pemakanan seharian
• Makan lebih banyak sumber protein
• Kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi
• Lakukan senaman dengan kerap
• Sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula
• Makan buah-buahan sebagai pencuci mulut
• Baca label dan elakkan peroduk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan
• Pilih produk berlabel “rendah gula” dan “bebas gula”
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat buat anda yang hendak menjaga kesihatan badan.

