Malaysia komited baiki kedudukan dalam US Tip Report

Dari Penulis

KERAJAAN menzahirkan komitmen untuk membaiki kedudukan negara yang kini berada pada peringkat tiga (Tier 3) dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2022.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menerusi laman sosial Facebooknya memaklumkan, iltizam untuk memperbaiki perkara yang menjejas imej negara itu disuarakan ketika menerima kunjungan Duta Amerika Syarikat Brian McFeeters di pejabatnya di Putrajaya tengah hari tadi.

“Pertemuan tadi turut membincangkan tentang usaha sama yang boleh dipergiat dalam usaha membendung jenayah rentas sempadan,” katanya.

Menurutnya hubungan Malaysia-Amerika Syarikat telah dijalin berteraskan nilai demokrasi, menghormati hak asasi manusia serta kedaulatan undang-undang terbina sejak 1957 dan diperkukuh melalui hubungan dua hala dalam Perkongsian Komprehensif pada 2014.

Beliau berharap hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat itu akan terus kukuh dan memberi manfaat kepada negara serta rakyat.

Sebelum ini, Malaysia berada pada peringkat dua dalam Laporan Tahunan Jabatan Negara Amerika Syarikat Mengenai Pemerdagangan Orang (US Tip Report) 2017 dan berada di senarai pemantauan peringkat dua dari 2018 sehingga 2020, manakala pada 2021 dan 2022 Malaysia kekal pada peringkat tiga.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This