“Power cermin kau berapa? Rabun jauh ke dekat?”. Soalan yang kerap diterima oleh pengguna cermin mata.
Tidak dinafikan semakin hari semakin ramai mula memakai cermin mata. Keperluan menggunakan teknologi moden seperti laptop, tablet, smartphone dalam jangka masa yang lama mampu membuatkan kesihatan mata terjejas ditambah lagi jika tidak menjaga mata dengan baik.
Walaupun sudah memakai cermin mata bertahun-tahun, masih ada yang melakukan kesalahan ketika memakai cermin mata. Oleh itu, ketahui teknik penjagaan cermin mata yang betul.
Bukan sahaja dapat mengelakkan cermin mata patah dan retak malah dapat menjimatkan wang kerana tidak perlu menukar dan membaiki cermin mata dengan kerap sekiranya dijaga dengan baik.
Berikut adalah tip penjagaan cermin mata dengan baik
• Jangan lap cermin mata semasa kering, basahkan dengan air terlebih dahulu sebelum mengelap
• Bersihkan dengan menggunakan kain khas cermin mata atau kain ‘microfibre’
• Cuci cermin mata menggunakan ‘lense cleaner’
• Jangan menggunakan tisu, kain kasar atau pakaian untuk membersihkan cermin mata
• Pegang cermin mata dengan kedua-dua belah tangan kerana dengan menggunakan satu tangan, berisiko untuk merosakkan bingkai cermin mata
• Jangan meletakkan cermin mata di atas kepala. Ini menyebabkan bingkai cermin mata mengembang dan menjadi longgar ketika memakainya
• Bawa bekas cermin mata anda kemana-mana sahaja
• Jangan meletakkan cermin mata di dalam poket atau beg tangan tanpa sebarang perlindungan, kerana ini boleh menyebabkan calar dan keretakan pada lensa
• Gunakan bekas cermin mata dengan saiz yang sesuai kerana bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai.
• Jangan letakkan cermin mata di atas dashboard kereta atau berdekatan hair dryer. Tidak bagus untuk kondisi cermin mata
• Jangan letakkan kanta cermin mata anda menghadap permukaan kasar. Letakkan cermin mata dalam kedudukan yang betul
• Servis cermin secara berkala di kedai cermin mata yang berdekatan

