DUA beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka terlanggar bahagian belakang sebuah lori di KM257.4 Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan dekat Seremban pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata Mohd Husaini Amir Harun, 29, dan adiknya Muhammad Amirul Syafiq Harun, 25, yang beralamat di Kampung Pengkalan Batu, Kuala Terenganu maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dalam kejadian pada pukul 7.05 pagi itu.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa sebuah lori jenis Hino membawa muatan makanan haiwan yang dipandu seorang lelaki berumur 49 tahun sedang bergerak di lorong kiri lebuh raya dari arah Pulau Pinang menuju ke Melaka.
“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal jenis Yamaha Y16 yang ditunggang dua beradik dari arah lorong kecemasan itu mengubah haluan dan masuk ke lorong kiri sebelum melanggar bahagian belakang lori berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dua beradik itu meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Nanda berkata kedua-dua mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
— BERNAMA
Friday , 05 May 2023
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

