Pemandu parah selepas tercampak keluar dari treler

Dari Penulis

SEORANG pemandu treler parah selepas tercampak keluar daripada kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 263.1, Lebuhraya Utara-Selatan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 10.15 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa memandu treler bemuatan enam buah kenderaan jenis Proton yang belum berdaftar sendirian dari Tanjung Malim ke Johor Bharu.

“Sampai di lokasi, treler yang dipandu mangsa seorang lelaki Melayu berusia 49 tahun telah hilang kawalan lalu melanggar tembok kiri pembahagi lebuhraya sebelum terbabas ke tembok tengah pembahagi lebuhraya,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat kemalangan itu, mangsa tercampak keluar dari treler dan sebanyak tiga buah kereta yang dibawa turut tercampak jatuh di atas jalan raya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke unit kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan menerima rawatan di zon merah,” ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This