Rasuah projek terowong: Pihak pendakwaan serah laporan forensik perbualan Whatsapp

Dari Penulis

PIHAK pendakwaan telah menyerahkan laporan forensik perbualan di aplikasi WhatsApp antara dua ahli perniagaan dalam kes rasuah membabitkan pembinaan terowong dasar laut yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 

Timbalan Pendakwa Raya, Farah Yasmin Salleh memberitahu Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi bahawa dokumen berkenaan telah diserahkan kepada pihak pembelaan pada 18 April lepas.

“Untuk rekod, pihak pendakwaan telah membuat serahan laporan forensik dan aduan sebagaimana permohonan yang dibuat pihak pembelaan,” katanya semasa sebutan kes itu hari ini.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Lim mengesahkan telah menerima dokumen tersebut.

Laporan forensik itu membabitkan perbualan di aplikasi WhatsApp antara ahli perniagaan G. Gnanaraja dan pengarah syarikat Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berhubung pemberian ‘Coklat RM2 juta’ yang didakwa telah diberikan kepada Lim sebagai rasuah.

Baca juga: 200 pegawai, anggota JBPM bersiap sedia sepanjang LIMA’23

Perkara itu (perbualan di WhatsApp) didedahkan pada perbicaraan sebelum ini melalui keterangan pegawai penyiasat forensik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Penolong Penguasa Wan Mohd Firdaus Wan Yusof.

Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017. 

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Lim yang juga bekas setiausaha agung DAP turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan bersambung 18 Julai ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This