Pemuda larikan remaja perempuan 17 tahun sejak Julai 2022 ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan polis selepas dipercayai melarikan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun sejak 11 Julai 2022.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada ibu remaja terbabit pada pukul 1.30 petang hari kejadian.

Beliau berkata, ibu memaklumkan anak perempuannya telah dilarikan oleh teman lelaki berusia 23 tahun di kawasan perumahan Desa Mentari, Petaling Jaya.

“Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai besi buruk berjaya ditahan di Kampung Daerah Banting, Selangor.

“Sementara mangsa telah ditemui pada pukul 12.10 tengah malam semalam di Jalan Bukit Perah Kampung Olak Lempit Banting, Selangor, dalam keadaan baik dan tidak cedera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa tinggal bersama suspek di sebuah stor besi buruk di Banting dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Menurutnya, mangsa telah bercinta dengan suspek sejak tahun 2014, namun suspek mengesyaki mangsa mempunyai teman lelaki lain.

“Polis masih menyiasat sekiranya terdapat perlakuan seksual antara mangsa dan suspek.

“Difahamkan sepanjang tempoh hilang, mangsa tidak pernah menghubungi ibunya.

“Malah, suspek juga bertindak mengugut ibu mangsa dengan mengatakan akan membawa pulang mangsa ke rumah selepas menjadi mayat,” ujarnya.

Mohamad Fakhrudin berkata, kes disisat di bawah Seksyen 52 Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Suspek direman selama dua hari sehingga hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This