Sukan SEA: Jing Xuen cipta sejarah menang emas golf individu

Dari Penulis

ATLET muda, Ng Jing Xuen melakar sejarah membanggakan apabila muncul pemain golf wanita pertama negara merangkul emas Sukan SEA selepas mengungguli acara individu wanita yang berlangsung di Kelab Golf Garden City di Phnom Penh, hari ini.

Atlet berusia 15 tahun itu mengetepikan cabaran juara bertahan kejohanan Golf Amatur Asia Pasifik Eila Galitsky dari Thailand yang meraih perak sementara seorang lagi atlet negara Foong Zi Yu membawa pulang gangsa.

Terdahulu, Jing Xuen mengesahkan kilauan emasnya pada edisi ke-32 temasya sukan dwitahunan itu selepas menewaskan Galitsky dalam perlawanan “play-off” satu lubang apabila kedua-duanya terikat di kedudukan 13 di bawah par 203 selepas tiga pusingan.

Pada masa sama, Malcolm Ting merangkul perak acara individu lelaki dengan emas menjadi milik atlet Vietnam, Le Khanh Hung manakala rakan senegaranya Nguyen Anh Minh terpaksa berpuas hati dengan gangsa.

Untuk rekod, Ervin Chang mencipta sejarah muncul selaku wakil Malaysia pertama memenangi pingat emas individu lelaki pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lepas.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Azeem Fahmi rekodkan 10.09s, catat sejarah rakyat Malaysia pertama ke final NCAA

MUHAMMAD Azeem Fahmi membuktikan dirinya masih lagi pelari pecut terbaik pernah dihasilkan negara apabila mencatat 10.09 saat (s) dalam...

More Articles Like This