Kuartet 4x100m wanita pecah rekod kebangsaan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KUARTET 4×100 meter wanita yang mencipta sensasi baru-baru ini sekali lagi mencetuskan rasa bangga selepas berjaya memperbaharui rekod kebangsaan pada aksi Sukan SEA Kemboja, sebentar tadi.

Kuartet yang dibarisi Azreen Nabila Alias selaku pelari pertama, diikuti Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling memecahkan rekod kebangsaan apabila mencatatkan 44.58 saat.

Rekod kebangsaan sebelum ini bagi acara itu adalah 45.18s yang dicatat pada Kejohanan Asia 2017.

Bagaimanapun, barisan pelari pecut itu hanya mampu mengekalkan kilauan pingat gangsa buat kontinjen negara.

Baca artikel berkaitan: Sukan SEA: Jing Xuen cipta sejarah menang emas golf individu

Seperti dijangka, kuartet Thailand meneruskan penguasaan apabila memenangi pingat emas manakala Vietnam di tempat kedua untuk menggondol perak.

Sebelum ini, barisan pelari wanita negara itu mencipta sensasi di kejohana olahraga Terbuka Singapura apabila meraih emas dengan masa 45.70 saat (s), mengatasi Singapura (45.82s) dan Thailand (46.06s).

Malah, larian ‘berdesup’ dipamerkan Nur Aishah Rofina sebagai pelari terakhir memotong wakil tuan rumah ketika itu juga tular dalam media sosial.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This