POLIS mengesahkan belum menerima laporan membabitkan dakwaan seorang wanita diganggu secara seksual ketika berada di dalam gerabak Transit Aliran Massa (MRT).
Kejadian dikatakan berlaku ketika gerabak terbabit dalam perjalanan dari Cheras ke pusat bandaraya berhadapan sebuah pusat beli-belah di Cheras.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi klip video tular di Twitter pada 9.55 pagi tadi.
Beliau berkata, pihaknya meminta individu terlibat untuk tampil membuat laporan agar siasatan dapat dijalankan.
Pihak Polis Cheras menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam.
Sekiranya terdapat sebarang maklumat menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

