POLIS kini mengesan pemandu kereta Proton Satria yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di persimpangan lampu isyarat Lebuhraya Damansara Puchong, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi video tular di laman Twitter, semalam.
Beliau berkata, siasatan mendapati kemalangan berlau pada pukul 7.50 pagi dan laporan telah dibuat oleh penunggang motosikal.
“Polis masih mengesan pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan terbabit dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor R. Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

