Polis kesan penunggang motosikal tular enggan berhenti

Dari Penulis

POLIS kini mengesan seorang lelaki yang enggan berhenti bagi tujuan pemeriksaan selepas menunggang tanpa topi keledar.

Rakaman penunggang tersebut diekori peronda polis itu tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi di Jalan Felda Air Tawar 5 ke Felda Semenchu, Kota Tinggi.

“Anggota MPV ketika itu sedang melakukan rondaan cegah jenayah sebelum terserempak dengan penunggang terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, anggota terbabit telah mengarahkan penunggang tersebut berhenti di tepi jalan tetapi gagal mendapat kerjasama.

“Anggota polis kemudian mengekori penunggang motosikal dan aksi tersebut tamat apabila suspek masuk ke kawasan Ladang Sawit di Felda Semenchu.

“Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah telah berjaya mengesan kediaman suspek dan tindakan pemeriksaan telah dijalankan oleh Ketua Polis Balai Teluk Sengat bersama anggota,” katanya.

Jelasnya, siasatan mendapati rumah tidak berpenghuni dan pintu berkunci.

Pengesahan daripada penduduk setempat mendakwa suspek merupakan seorang lelaki berusia 46 tahun dan mempunyai rekod kesihatan mental.

Hussin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan di talian 07-8837222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This