Cuaca panas: Ribuan ikan mati di tasik UniSZA

Dari Penulis

CUACA panas yang melanda negara membuatkan ribuan ikan tilapia ditemukan mati di tasik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu akibat kekurangan oksigen terlarut dan peningkatan muatan organik.

Memetik laporan Sinar Harian, Felo Penyelidik Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) UniSZA, Dr Fathurrahman Lananan berkata, ia berdasarkan hasil ujian segera yang dilakukan selepas penemuan ribuan bangkai ikan di tasik tersebut.

Beliau berkata, terdapat dua faktor yang menyebabkan peningkatkan permintaan oksigen biologikal (BOD) di tasik UniSZA hingga membawa kematian ikan.

Faktor pertama, kata Fathurrahman adalah peningkatan muatan organik daripada saliran kawasan perumahan yang membawa air sisa seperti cucian dapur dan buangan makanan disebabkan keadaan kemarau.

Beliau menjelaskan, kepekatan air sisa meningkat seterusnya membuatkan muatan organik turut naik ke atas ekosisten tasik kerana air masuk adalah pekat manakala air keluar pula berkurangan disebabkan isipadu aliran air yang berkurangan.

Faktor kedua pula, katanya adalah disebabkan fenomena cuaca panas dengan suhu di Kuala Nerus mencecah 33 hingga 34 darjah celcius.

“Peningkatan mendadak BOD menyebabkan ‘blackout’ atau kehilangan serta-merta oksigen terlarut di Tasik UniSZA yang menyebabkan kematian ikan terutama ikan bersaiz besar dalam populasi tasik berkenaan.

Baca artikel berkaitan: Semua tabika, taska KEMAS perlu tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas

“Oleh sebab itu, kita dapati ikan bersaiz relatif lebih besar yang mati dahulu kerana ikan bersaiz ini memerlukan oksigen terlarut lebih tinggi berbanding ikan kecil.

“Jika corak oksigen terlarut berterusan menurun, kita akan dapat melihat kematian ikan yang lebih kecil malah telur ikan dan seluruh populasi hidupan akuatik di Tasik UniSZA juga akan mati,” katanya.

Mengulas lanjut, Fathurrahman memaklumkan, kejadian sama pernah berlaku pada tahun 2018 ketika Ayunan Selatan El Nino melanda Terengganu namun melibatkan kematian ikan yang jauh lebih tinggi.

Bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang, beliau berkata, Institut Penyelidikan Alam Sekitar telah mencadangkan supaya loji rawatan air tasik diwujudkan untuk merawat nutrien dalam tasik UniSZA.

Ini kerana ekosistem tasik telah menerima aliran masuk air domestik atau perbandaran daripada kawasan perumahan sekitar UniSZA sejak enam tahun lalu.

“Aliran masuk air domestik ini pada awalnya bukan dalam spesifikasi rekaan Tasik UniSZA iaitu tasik rekreasi.

“Akan tetapi, Tasik UniSZA kini menjalankan dua peranan sebagai salah satu komponen dalam tebatan banjir di kawasan Gong Badak/Tok Jembal yang memerlukannya menerima aliran masuk air domestik/perbandaran ini.

“Oleh itu, terdapat keperluan tinggi untuk Loji Rawatan Air Tasik direalisasikan dan kita harap ia dapat dilaksanakan segera,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas dituduh ‘rampas’ kuasa PN, Tun Faisal dakwa Radzi dan Azmin sengaja digugurkan

BERSATU mendakwa tindakan menggugurkan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada jawatan utama...

More Articles Like This