DUN Teratai dikembalikan kepada DAP – PH Selangor

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) Selangor memutuskan untuk memulangkan kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Teratai kepada DAP pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat selepas Parti Warisan (Warisan) mengambil pendekatan tidak terlibat di dalam PRN.

Menurutnya, kerusi itu milik DAP sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berkenaan keluar parti.

“Kita bergantung kepada keputusan PRU14 yang kerusi itu dimenangi DAP dan kita kekalkan untuk DAP.

“Tidak ada perubahan parti di Teratai untuk wakili Kerajaan Perpaduan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Baca artikel lain: PM arah pihak berkuasa siasat mereka terlibat rasuah sebabkan negara rugi

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Petaling Jaya di Seksyen 1, hari ini.

Amirudin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa parti itu mengambil pendekatan untuk tidak mempertahankan kerusi Teratai pada DUN Selangor.

ADUN Teratai, Bryan Lai Wai Chong mengumumkan keluar parti DAP pada April 2021 untuk menjadi wakil rakyat bebas sebelum menyertai Warisan pada Januari 2022.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This