PM jemput orang ramai hadiri Rumah Terbuka Malaysia Madani Perak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput orang ramai memeriahkan Rumah Terbuka Malaysia Madani Perak, Khamis ini.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Tambun memaklumkan, Rumah Terbuka Malaysia Madani Perak itu akan diadakan di Sunway Lost World of Tambun.

Menurut Perdana Menteri, majlis berkenaan akan bermula pada pukul 6.30 petang sehingga 11 malam.

“Manfaatkan sambutan Aidilfitri Mubarak dengan kasih sayang dan sikap bersilaturahmi serta bersuai kenal antara satu sama lain,” katanya dalam hantaran tersebut.

Perdana Menteri turut berkongsi poster Rumah Terbuka Malaysia Madani Perak dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: PM arah pihak berkuasa siasat mereka terlibat rasuah sebabkan negara rugi

Majlis tersebut juga akan menyaksikan persembahan beberapa artis terkemuka tanah air termasuk Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah dan Ratu Rock negara, Ella.

Selain itu, orang ramai akan turut dihiburkan persembahan daripada kumpulan Floor 88; Syamel; Ernie; Sufian Suhaimi dan P Radhi.

Selain itu, pelakon dan penyanyi Sherry Ibrahim serta Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar turut dijemput sebagai undangan istimewa.

Setakat ini, majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI sempena Aidilfitri telah diadakan di Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kelantan sementara di Terengganu malam ini, manakala esok di Selangor.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This