Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia akan ditubuhkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan akan menubuhkan Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia (SPIIM) ke arah memperkasakan Islam dalam negara.

Persetujuan itu dicapai beberapa parti komponen utama dalam Kerajaan Perpaduan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Setiausaha Majlis Ulama UMNO (MUU), Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali memaklumkan, penubuhan Sekretariat Perpaduan Ilmuwan Islam Malaysia itu dipersetujui menerusi pertemuan wakil parti utama dalam Kerajaan Perpaduan dan NGO, Rabu lalu.

Menurut Mohd Khairuddin, mesyuarat akan diadakan dalam waktu terdekat untuk menentukan kerangka kerja dan hala tuju SPIIM.

“Pertemuan awal ini menghasilkan persetujuan bersama penubuhan SPIIM.

Baca artikel berkaitan: Khairuddin bantu Dusuki dalam Majlis Ulama UMNO – Zahid

“Mesyuarat akan diadakan dalam waktu terdekat untuk kerangka kerja dan hala tuju SPIIM ke arah memperkasakan Islam dalam negara Malaysia tercinta,” katanya menerusi Facebook, kelmarin.

Beliau turut memuat naik beberapa gambar menunjukkan pertemuan dan perbincangan antara beberapa ilmuwan Islam dan wakil parti yang menganggotai Kerajaan Perpaduan.

Antara yang hadir adalah Pengerusi MUU, Datuk Dusuki Ahmad; Penasihat Umum AMANAH, Datuk Seri Ahmad Awang; Setiausaha Jabatan Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Muhamad Muszaki Mohd Ozir dan Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abd Hamid.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KKR pasang 314 lampu jalan LED di lokasi berisiko di laluan PLUS antara Tanjung Malim ke KL

KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) akan memasang sebanyak 314 unit lampu jalan LED berkuasa solar di lokasi berisiko di laluan...

More Articles Like This