Khairuddin bantu Dusuki dalam Majlis Ulama UMNO – Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dilaporkan menyertai Majlis Ulama UMNO.

Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ia sekali gus seolah-olah mengesahkan Mohd Khairuddin telah pun menyertai parti tersebut.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Kuala Nerus.

Bagaimanapun, beliau tidak berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak tahun 2013 itu setelah tewas kepada calon Pas-Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr Alias Razak dengan majoriti 29,765 undi.

Menurut Ahmad Zahid, Mohd Khairuddin akan membantu Datuk Dusuki Ahmad yang diumumkan selaku Pengerusi Majlis Ulama UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, Sabtu lalu.

Beliau turut percaya Dusuki mampu membantunya dan UMNO untuk memperkukuhkan lagi agenda dakwah Islamiyyah, pendidikan Islam dan tarbiyyah dalam parti.

Katanya, ia berdasarkan pengalaman dan jaringan persahabatan dalam kalangan ulama serta cendekiawan Islam dalam dan luar negara dimiliki Dusuki.

Ahmad Zahid berkata, Dusuki bukan sahaja ulama, pemikir dan Veteran UMNO tetapi sahabat yang pernah diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi Menteri Kewangan untuk membantu Dusuki yang diamanahkan selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

“Tengah hari ini berkesempatan bertemu dengan Datuk Haji Dusuki Ahmad, sahabat lama yang saya isytiharkan namanya waktu PAU Sabtu lalu sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO yang baru ditubuhkan.

Baca artikel berkaitan: Mohd. Khairuddin digugurkan pula daripada Majlis Syura Ulama

“Sebagai seorang ustaz yang berkelulusan Sarjana Syariah daripada Universiti Al-Azhar, Dusuki pernah menjadi Ahli Parlimen Tumpat dan Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Wilayah serta Kementerian Penerangan dari tahun 1982 hingga 1990.

“Beliau juga pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO 1976-1984; Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO dan Setiausaha Biro Agama UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid mengumumkan pelantikan Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO ketika penggulungan perbahasan PAU 2022, Sabtu lalu.

Dusuki adalah bapa kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi.

Ahmad Zahid menjelaskan penubuhan Majlis Ulama UMNO penting kerana hubungan Ulama dan Umara’ adalah elemen penting dalam memastikan urusan petadbiran negara sentiasa berpedoman, berpandukan Al Quran dan As Sunnah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Lelaki maut dipercayai terjatuh dari tingkat 26 kondominium di Penampang

SEORANG lelaki ditemukan maut berhampiran lobi sebuah kondominium dipercayai terjatuh dari tingkat 26 bangunan itu di Penampang, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This