Agenda Melayu: MPM mahu bertemu menteri, pemimpin politik Kerajaan Perpaduan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PEMBENTUKAN Kerajaan Perpaduan menerusi gabungan 19 buah parti politik menimbulkan 1,001 tanda tanya kepada rakyat khususnya berkaitan agenda orang Melayu.

Hal ini kerana, jajaran politik baharu itu turut disertai beberapa parti yang selama ini terkenal dengan sikap sering mempersoalkan hak dimiliki oleh golongan Bumiputera.

Atas kesedaran itu, Majlis Perundingan Melayu (MPM) sepakat untuk berjumpa dengan setiap menteri di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Hasan Mad berkata, selain itu, MPM juga akan menulis surat kepada pemimpin parti politik dalam kerajaan ini bagi mengetahui di mana posisi agenda orang Melayu.

“Kita semua setuju untuk MPM mengutus surat secara rasmi kepada semua menteri untuk diadakan janji temu. Dalam janji temu ini kita akan bawa bersama hasrat MPM bagi pihak pemegang taruh bangsa Melayu.

“(Hasrat) apa yang kita nak tuntut pada setiap kementerian dalam laksanakan agenda Bumiputera, tak kira sama ada menteri itu dari DAP, PKR, kita akan jumpa.

“Kita juga akan bangunkan repot kad hasil pertemuan dengan setiap kementerian, yang tak dapat kita (jumpa) beritahu juga kenapa tak dapat,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Randau yang dijalankan secara dalam talian, malam ini.

Baca artikel lain: Bersatu tawar jawatan MPT kepada Khairy

Pada masa sama, Ketua Biro Tanah Simpanan Melayu MPM, Che Ibrahim Che Idris secara dasarnya tidak yakin kerajaan mampu melaksanakan agenda orang Melayu seperti mana diharapkan.

Ujarnya, adalah menjadi tanggungjawab MPM untuk menasihati atau memberikan pandangan bersesuaian dengan penubuhan organisasi tersebut.

“Saya tak yakin kerajaan sekarang boleh deliver, jadi seeloknya janganlah kita tunggu sampai akhir dapat keputusan baru kita nak fikir apa nak buat.

“Maksudnya kita mesti bertindak sekarang dan kita minta berjumpa mereka dan mereka mesti yakinkan kita bahawa mereka akan dapat melaksanakan amanah,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This