Tangkap layar pergaduhan di kawasan tempat letak kereta Jalan Intan Sibu, kelmarin.

DUA murid sekolah dan dua pelajar universiti ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di kawasan tempat letak kereta Jalan Intan Sibu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada mangsa seorang murid berusia 15 tahun pada pukul 8.52 malam.

Beliau berkata, mangsa didakwa telah dipukul oleh murid dari sekolah yang sama.

“Hasil siasatan polis telah membawa kepada tangkapan dua murid dan dua pelajar di lokasi berbeza pada pukul 9 hingga 11 malam.

“Kesemua suspek berusia 14 hingga 19 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, rakaman kejadian terbabit turut tular di laman sosial.

Zulkipli berkata, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu keharmonian awam.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram