Tindakan tegas terhadap pihak tular, provokasi isu laungan azan

Dari Penulis

Polis Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terus menularkan dan melakukan provokasi berhubung isu laungan azan menggunakan pembesar suara di kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong.  

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata perkara itu telah diselesaikan secara harmoni dan kini tiada lagi konflik antara pihak surau dan badan pengurusan bersama (JMB) kondominium tersebut.

“Malah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Zakiyuddin Abdul Rahman yang juga Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) sendiri turun padang bagi menjernihkan dan menyelesaikan kekeliruan yang timbul berkait isu terbabit semalam,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau juga menjelaskan isu dibangkitkan menerusi media sosial seperti TikTok berhubung perkara itu adalah tidak benar dan apa yang ditularkan itu boleh menimbulkan kegusaran awam serta mencetuskan isu perkauman.

“Saya sebagai Ketua Polis Pulau Pinang ingin menegaskan kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menularkan apa-apa jenis media sosial (TikTok) untuk memprovokasi, mencetus kemarahan dan menimbulkan isu perkauman atau kegusaran awam berhubung kes ini,” katanya.

Khaw berkata hingga hari ini, pihaknya menerima sebanyak 21 laporan polis daripada pelbagai pihak berhubung kes itu.

Sebelum ini, sebuah video memaparkan sesi dialog antara pihak JMB Kondominium Tri Pinnacle di Tanjung Tokong dengan penduduk berhubung isu semasa termasuk mengenai isu laungan azan, tular di media sosial.

Bagaimanapun, JMB Kondominium Tri Pinnacle telah memohon maaf secara terbuka kepada penduduk beragama Islam dan umat Islam berhubung isu terbabit.

Pengerusinya Alex Low dilaporkan berkata pihaknya tidak mempunyai niat untuk melarang laungan azan di surau berkenaan seperti dakwaan pihak tertentu di media sosial.

— BERNAMA

Wednesday, 17 May 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This