USANITA Mall angkat perintis IKS, bantu usahawan wanita B40

Dari Penulis

Mensasarkan usahawan wanita khususnya golongan B40 luar bandar, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan menyatakan Usanita Sdn Bhd mensasarkan peniaga dan pengguna online bagi membina kembali ekonomi keluarga selepas pandemik Covid-19.

Ulasnya, kewujudan Usanita Mall secara objektifnya bagi memberi pendedahan perniagaan usahawan secara digital dan mengubah strategi perniagaan yang sesuai dengan corak pembelian terkini.

Platform yang dibuka secara percuma kepada semua peniaga ini turut membawa Datuk Rosyam Nor sebagai ikon perniagaan yang membantu para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dari segi penjenamaan dan pemasaran produk bagi memastikan ianya mampu menembusi pasaran pada masa kini sekali gus meningkatkan jualan.

Dalam pada itu, Datuk Rosyam Nor turut sudi memberi peluang menggunakan wajah selebritinya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis USANITA yang memberi tambah nilai kepada usahawan, secara eksklusif.

Selain itu, Usanita turut ke udara dalam program Usahawan Masterclass Buletin FM, melibatkan pengisian khas, Biz Spot di mana usahawan-usahawan daripada Perintis Usanita akan dijemput untuk membuat perkongsian menerusi segmen Santai Siang bersama Marsila Hassan.

Program-program Usanita juga akan disokong sepanjang tahun menerusi siaran luar Buletin FM dan penampilan khas penyampai Buletin FM.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This