Dua maut kemalangan bas persiaran dekat LPT 2

Dari Penulis

DUA maut selepas bas persiaran yang dinaiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 375.4, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2, Bukit Besi-Ajil dekat Dungun, 5.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah, berkata mangsa pertama seorang wanita yang dikenali sebagai Tan Poh Hwa, 42, merupakan pengurus kilang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan tangan.

Sementara itu mangsa kedua seorang lelaki dikenali sebagai Choo Chia Tan, 44, meninggal dunia akibat cedera parah di dada ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Dungun pada pukul 8.53 pagi.

“Siasatan awal mendapati bas dinaiki 30 penumpang itu dalam perjalanan dari Tampin, Negeri Sembilan ke Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu untuk ke Pulau Redang.

“Kemalangan dipercayai berlaku selepas bas tersebut hilang kawalan lalu terbabas ke kanan dan melanggar besi penghadang jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharudin berkata seorang murid sekolah berusia lapan tahun turut mengalami kecederaan patah paha kanan akibat kemalangan tersebut.

“Seramai 13 mangsa dihantar ke Hospital Dungun manakala 10 lagi mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu bagi menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Jelasnya, sampel air kencing dan darah pemandu bas yang berusia 26 tahun itu telah diambil bagi tujuan pemeriksaan.

“Ketika kejadian cuaca baik, jalan kering dan waktu subuh gelap tanpa lampu di tempat kejadian,” katanya.  

Menurutnya, bas mengalami kerosakan terutama di bahagian hadapan kanan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This