Buli: 5 pelajar tingkatan lima ditahan bantu siasatan

Dari Penulis

LIMA pelajar tingkatan lima sebuah institusi pendidikan menengah di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Balik Pulau, Pulau Pinang ditahan untuk membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga sekolah berkenaan, Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata kesemua remaja lelaki berumur 17 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihaknya selesai mengambil keterangan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, kejadian pada pukul 11 malam itu dipercayai berlaku kerana mangsa turun lewat untuk menunaikan solat subuh dan pelajar terbabit mengalami luka di badan selepas dipukul kumpulan senior itu.

Mangsa dikatakan memaklumkan kepada ayahnya berhubung kejadian berkenaan sebelum lelaki itu membuat laporan polis. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas tak bantu kempen Bersatu di PRN Johor

PAS yang sebelum ini mengumumkan untuk membatalkan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan membantu kempen...

More Articles Like This