Ahmad Said ziarah keluarga miskin, bantu pelajar dalam kesusahan

Dari Penulis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini menziarahi sebuah keluarga miskin bertujuan menyampaikan bantuan selain membantu meneruskan pembelajaran salah seorang ahli keluarga tersebut.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) itu berkata yang beliau telah mendapat berita bahawa salah seorang pelajar Kolej KETENGAH dari Bukit Ara, Ajil tidak dapat meneruskan pelajaran kerana mempunyai masalah kewangan dan beliau telah mengunjungi keluarga tersebut.

“Pagi tadi saya dimaklumkan, salah seorang pelajar Kolej KETENGAH Ainun Mardiah Mohd Lazim di Bukit Ara, Ajil tidak dapat meneruskan pelajaran atas faktor kewangan.

AHMAD Said ketika mengunjungi keluagar Adik Ainun Mardiah di Bukit Ara, Ajil.

“Alhamdulillah pihak KETENGAH akan menyelesaikan tunggakan bayaran yuran dan adik Ainun Mardiah dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa.

“Semoga adik Ainun Mardiah sekeluarga dipermudahkan urusan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miiliknya hari ini.

Hari ini, sebuah akhbar melaporkan, Ainun Mardiah, 19, meninggalkan asrama tanpa pengetahuan pengurusan KETENGAH pada 29 Mac lalu.

Remaja itu yang juga anak tunggal kepada pasangan Mat Lazim Jusoh, 50, dan Roslindawati Abd Rahman, 45, terpaksa keluar daripada asrama berikutan ketiadaan wang belanja harian untuk makan dan minum.

Bagaimanapun, akhbar itu melaporkan Ainun Mardiah masih berminat untuk meneruskan pengajian, terutama menduduki peperiksaan yang bermula pada 6 hingga 15 Jun depan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This