Ahmad Said sahkan tak tanding PRK Parlimen Kemaman

Dari Penulis

DATUK Seri Ahmad Said mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, 2 Disember depan.

Pengerusi UMNO Terengganu itu menegaskan, calon yang bakal dipertaruhkan kelak merupakan seseorang yang memiliki nama besar dalam kalangan orang UMNO.

“Saya nak maklum bahawa Datuk Seri Ahmad Said telah mencadangkan untuk tidak bertanding di Parlimen Kemaman (PRK Kemaman).

“Maknanya bukan saya jadi calon dan calon (yang akan bertanding) ialah antara nama-nama hebat dan terkemuka (dalam UMNO),” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikin dalam Majlis Ramah Mesra Jentera PRK Parlimen Kemaman peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Cukai bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin, malam tadi.

Ahmad berkata, pengumuman calon Barisan Nasional (BN) akan dibuat oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam majlis khas di Kuala Lumpur pada 13 November depan.

“Insya-Allah pada 13 November nanti presiden parti akan umum calon akan bertanding di Kemaman.

“Saya dah bincang bersama beliau serta telah maklumkan nama calon yang akan bertanding,” katanya lagi.

Beliau berkata, Ahmad Zahid juga telah maklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim nama calon yang akan bertanding.

“Jadi saya harap tiada lagi kedengaran spekulasi-spekulasi yang dibuat mengenai calon yang akan bertanding,” katanya.

Ahmad berkata, PRK Kemaman akan turut menyaksikan penglibatan bantuan jentera dari seluruh negara termasuk MCA dan MIC bagi membolehkan BN meraih peningkatan undi bagi setiap cawangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This