BN kalah besar di Kemaman pada PRU15 kerana rasuah, bukan sebab calon – Ahmad Said

Dari Penulis

PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, menegaskan kekalahan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kemaman dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bukan disebakan faktor calon tetapi unsur rasuah yang berleluasa.

Beliau yang juga merupakan bekas calon BN bagi Parlimen Kemaman dalam PRU15 berkata: “Calon yang ditampilkan pada PRU lalu, adalah calon terbaik dan diterima di peringkat akar umbi,”

“Kekalahan dengan majoriti besar di Parlimen Kemaman pada PRU15 bukan disebabkan calon, sebaliknya berlaku unsur rasuah secara berleluasa,” katanya kepada BH Online.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi parti itu akan lebih berhati-hati memasuki Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, susulan kekalahan majoriti lebih 27,000 undi pada PRU15.

Ahmad Zahid berkata, BN belum memikirkan calon yang sesuai untuk diletakkan bertanding, namun akan memastikan ia sesuai dengan pengundi kawasan berkenaan serta tokoh yang boleh diterima orang Terengganu.

Dalam PRU15, calon PAS yang mewakili Perikatan Nasional (PN), Che Alias Hamid, memenangi kerusi Parlimen Kemaman dengan majoriti 27,179 undi, selepas memperoleh undi sebanyak 65,714 sekali gus menewaskan Ahmad yang memperoleh undi sebanyak 38,535.

Susulan kekalahan itu, BN memfailkan petisyen terhadap keputusan PRU15 Parlimen Kemaman atas dakwaan berlaku kegiatan rasuah dan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu, membatalkan kemenangan Che Alias selepas pihak pempetisyen berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen pilihan raya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, UMNO Terengganu juga belum berbincang mengenai pemilihan calon yang akan bertanding pada PRK Kemaman.

“Kita menganggarkan, lima atau enam nama pimpinan UMNO akan dicadangkan kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berbanding hanya tiga nama sebelum ini. Berhubung calon yang bertanding kita serahkan kepada pimpinan tertinggi UMNO,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Korban bot karam selesai dikebumi, polis buru dalang penyeludupan migran

KESEMUA 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemukan dalam tragedi bot karam di perairan Langkawi selamat dikebumikan...

More Articles Like This