PETRONAS akan terus memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan rasuah melibatkannya serta sebuah syarikat minyak dan gas antarabangsa di Sarawak.
Petronas dalam kenyataan menegaskan, telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan tersebut yang tidak menemukan sebarang salah laku oleh syarikat, pekerja atau pengarahnya di bawah Akta SPRM 2009.
Kenyataan itu memaklumkan ia dilakukan atas saranan SPRM dan sejajar dengan toleransi sifar Petronas terhadap rasuah.
“Ini sebagai usaha berterusan dalam mencegah dan memerangi semua bentuk rasuah serta salah laku oleh pekerja, pengarah dan pihak ketiga yang diambil bekerja atau bagi pihak syarikat dalam kumpulan.
Baca artikel lain: Pejabat Mohamad Sabu nafi terlibat promisi skim pelaburan
“Petronas akan terus memberi kerjasama penuh kepada SPRM,” katanya, hari ini.
SPRM dalam kenyataannya semalam mengesahkan telah membuka fail siasatan berhubung dakwaan yang disiarkan di sebuah portal baru-baru ini dan Petronas telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM.
Portal berkenaan dalam artikelnya mendakwa, Petronas telah memberi kontrak bernilai hampir RM400 juta kepada syarikat yang sebelum ini telah diputuskan bersalah atas penglibatan rasuah di seluruh dunia.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

