Video tular kejadian ragut dalam kedai emas hanya lakonan

Dari Penulis

POLIS mengesahkan sebuah video tular memaparkan kejadian ragut di sebuah kedai emas dekat Kota Kinabalu hanyalah lakonan semata-mata.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihak premis berkenaan mengesahkan video berdurasi 32 saat itu bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kejadian ragut yang mungkin boleh berlaku.

“Video itu tular sejak jam 2 petang Ahad di laman sosial yang memaparkan seorang pelanggan wanita yang berada di sebuah kedai emas di daerah ini telah didatangi seorang lelaki yang turut berada di premis berkenaan.

“Tiba-tiba lelaki itu bertindak meragut bakul berisi barangan kemas yang dibeli oleh mangsa di premis berkenaan sebelum melarikan diri,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu telah membuat risikan dengan menghubungi premis berkenaan bagi mendapatkan pengesahan insiden itu.

“Pihak pengurusan kemudian telah mengesahkan bahawa kejadian itu hanya lakonan dan rekaan semata-mata iaitu ‘prank’.

“Video itu adalah sebagai inisiatif memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati dan peka dengan sekeliling bagi mengelak menjadi mangsa ragut,” katanya.

Kalsom berkata, pengurus premis terbabit turut diminta membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut bagi mengelakkan kegusaran dan ketakutan kepada orang ramai.

Orang ramai diminta tidak menimbulkan sebarang spekulasi berhubung rakaman video berkenaan dan tidak mudah percaya sebarang isu yang disebarkan dalam media sosial tanpa pengesahan oleh pihak berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This