Polis buru lelaki rompak farmasi guna sabit

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki yang terlibat dalam kejadian rompakan bersenjatakan sabit di sebuah farmasi dekat Jalan Telipot, Kota Bharu, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya mengesan rakaman tular kejadian terbabit di laman Twitter pada petang semalam.

Beliau berkata, semakan mendapati pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 3.27 petang, hari kejadian.

“Dalam kejadian pukul 2.30 petang itu, suspek yang memakai helmet berwarna biru serta berpelitup muka telah ke kaunter farmasi dan meminta pekerja untuk keluarkan wang.

“Suspek juga bertindak mengeluarkan sabit dan menarik peti duit kaunter sebelum memotong kabel dan melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, ketika kejadian tiada pelanggan berada di dalam farmasi terbabit.

Mohd Rosdi berkata, siasatan kamera litar tertutup mendapati suspek disyaki berbangsa Melayu berdasarkan loghat bahasanya.

“Suspek setinggi 170 sentimeter itu juga berbaju-T merah, berseluar panjang, berjaket biru, berkulit gelap, berbadan kurus dan menunggang motosikal Honda Dash,” katanya.

Tegasnya, polis kini giat menjalankan operasi bagi mengesan suspek.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Fadil Shamsur di talian 012-344755.

Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This