Gadis 16 tahun maut ditikam 34 kali selepas putuskan hubungan dengan kekasih

Dari Penulis

SEORANG gadis berusia 16 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi sebanyak 34 kali, ditendang dan dihempap batu konkrit oleh kekasihnya di Delhi, India pada 8.40 malam kelmarin.

Memetik laporan Times of India, suspek yang dikenali sebagai Sahil Khan, seorang mekanik pendingin hawa telah bertindak melakukan perbuatan kejam itu selepas mangsa tidak lagi mahu meneruskan hubungan mereka.

Budi bicara penonton diperlukan, video memaparkan aksi kejam. Klik link untuk tonton.

https://twitter.com/ZenralBazwa/status/1663393711156342784?t=qmrjGCuyzr7fQBnP1gk0vQ&s=19

https://twitter.com/bh_kumar2/status/1663482573035831296?t=_irWqvT7vdjMydGyqZ_jvw&s=19

Menerusi rakaman kamera litar tertutup, suspek dilihat berkeliaran di jalan raya sementara menunggu mangsa yang dikenali sebagai Sakshi menukar pakaian di tandas awam untuk ke majlis hari jadi.

Sebaik sahaja mangsa keluar, suspek bertindak mengejar mangsa sehingga ke sebuah lorong dan menyerang mangsa dengan menikam badannya berpuluh kali.

Orang ramai yang lalu-lalang di jalan tersebut sekadar melihat perbuatan kejam itu ketika suspek menikam mangsa sehingga mati.

Polis yang tiba di lokasi kira-kira 30 minit kemudian mengesahkan mangsa maut di lokasi kejadian.

Suspek yang bertindak melarikan diri dari tempat kejadian telah ditahan di kampung halamannya dekat Bulandshahr pada petang Isnin selepas polis mengesan panggilan telefon yang dibuat kepada ibu saudaranya.

Difahamkan, dua hari sebelum kejadian pembunuhan itu, mangsa telah memberi amaran kepada suspek untuk menjauhkan diri daripadanya selepas dua tahun mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanapun, suspek mendakwa telah melihat tatu lelaki lain di bawah lengan mangsa sebelum hilang pertimbangan.

Pesuruhjaya Khas Dependra Pathak berkata, pihaknya menjalankan siasatan yang rapi bagi mengumpul semua bukti dan memastikan suspek dikenakan hukuman yang berat.

Sementara itu menurut sumber, kes pembunuhan terbabit disyaki telah dirancang lebih awal oleh suspek selepas mendapati suspek membeli sebilah pisau sebelum hari kejadian.

Menurut rakan mangsa, suspek dalam keadaan marah kerana mangsa tidak lagi mahu bercakap dengannya dan persahabatan mangsa bersama kawan lama yang dikenali sebagai Praveen membuatkan suspek semakin cemburu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Papagomo dikenakan injunksi interim atas sebaran kandungan mudarat

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur telah mengeluarkan perintah injunksi interim ex-parte terhadap seorang individu bernama Wan Muhamad Azri Wan Deris...

More Articles Like This