Penunggang motosikal wanita maut digilis lori

Dari Penulis

SEORANG penunggang motosikal wanita maut selepas digilis lori di Jalan Sungai Lalang, Kajang pada petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima makluman mengenai kejadian pada pukul 3.26 petang.

Beliau berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa seorang wanita Melayu berusia 56 tahun dalam perjalanan dari tempat kerja ke kediamannya.

“Sampai di lokasi, mangsa cuba memotong lori di sebelah kiri tetapi telah bergesel dengan kenderaan tersebut sebelum terjatuh di atas jalan sebelum digilis,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, saringan ujian air kencing ke atas pemandu lori mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Isa Ahmad di talain 016-4436149.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This