PERSATUAN Golf Remaja Malaysia (MGJA) mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Persatuan Golf Profesional Bangladesh (BGF).
Presiden MGJA, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata, MoU itu adalah untuk menggalakkan persefahaman bersama dalam sukan, kebudayaan dan pertukaran kepakaran kakitangan bagi mengukuhkan pencapaian kedua-dua organisasi antara kedua-dua buah negara.
Katanya, MGJA dan BGF akan membentuk kerjasama masa depan terutamanya berkaitan dengan usaha mempromosikan golf di kalangan golongan muda.
“MGJA dan BGF mengiktiraf kepentingan menyediakan pendidikan dan pengetahuan dalam sukan golf.
“Melalui bengkel, seminar dan program bimbingan, kerjasama ini akan melengkapkan pemain golf muda kita dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan tentang sukan ini.
“Adalah penting untuk mereka menggilap kebolehan teknikal mereka dan menguasai cara berfikir yang strategik, menyemai semangat kesukanan, dan disiplin diri pemain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga: Sukan SEA: Jing Xuen cipta sejarah menang emas golf individu
Terdahulu, MoU itu ditandatangni dalam majlis yang berlangsung di Kurmitola Golf Club, Bangladesh, semalam.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung MGJA, Shaiful Azwandy; Presiden Bangladesh Golf Junior, Mejar Jeneral Md Moin Khain; Ketua Pegawai Eksekutif Kurmitola Golf Club, Bangladesh, Col. Md Shahidul Haque (Retd) dan Setiausaha Bersama BGF, Mejar Mahmudur Rahman.
Untuk rekod, MGJA telah ditubuhkan pada 14 Februari 2022 dengan tujuan untuk mempromosikan sukan golf di kalangan belia di Malaysia, mengenal pasti bakat muda dan melatih serta membimbing mereka menjadi pemain golf profesional.
MGJA bekerjasama dengan pelbagai institusi supaya dapat memupuk belia yang lebih cemerlang dalam sukan tersebut.
Manakala, BGF telah ditubuhkan pada 2008 sebagai sebuah ‘persatuan’ untuk mempromosikan dan meningkatkan minat dan standard permainan golf dan memberikan sokongan dan peluang kepada semua pemain golf profesional Bangladesh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

