SEORANG lelaki dengan 13 rekod jenayah ditangkap orang awam selepas meragut rantai emas milik seorang pesara di Jalan Bukit Rahman Putra 7, Bandar Baru Sungai Buloh, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, dalam kejadian pukul 11 pagi itu mangsa seorang lelaki berusia 63 tahun sedang berjalan kaki menuju ke kereta.
Beliau berkata, suspek yang menunggang motosikal Yamaha Y16 telah menarik rantai emas milik mangsa yang dianggar bernilai RM10,000.
“Mangsa kemudian bertindak menarik motosikal dan menyebabkan suspek terjatuh.
“Mangsa kemudian terus memeluk badan suspek dan berjaya menahan suspek dengan bantuan orang awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, suspek berusia 31 tahun itu mengalami luka kecil di lutut akibat terjatuh dan rantai yang diragut berjaya dirampas semula.
Katanya, suspek akan direman di Mahkamah Shah Alam pada esok bagi siasatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

