Johor rayu isu kekurangan doktor, jururawat diselesai segera

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN Negeri Johor merayu kepada Kerajaan Persekutuan untuk membantu menyelesaikan isu kekurangan doktor dan jururawat di negeri tersebut terutama di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru.

Ia susulan lawatan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ke HSI bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Norazman Ayob, semalam.

Onn Hafiz menegaskan, pihaknya bertekad untuk memastikan isu perkhidmatan kesihatan di negeri itu bertambah baik.

Kata beliau, isu tersebut termasuk di HSI dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang disifatkannya antara hospital awam paling sibuk di negara ini.

Pada masa sama, beliau juga menaruh keyakinan bahawa kerjasama erat antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan akan mampu menyelesaikan isu-isu berbangkit seterusnya mampu memberikan perkhidmatan cemerlang kepada seluruh rakyat.

Baca artikel berkaitan: 176 KIR Kampung Melayu Majidee terima bantuan RM3,000 – Onn Hafiz

“Antara isu yang dibangkitkan dan memerlukan penyelesaian segera adalah kekurangan doktor dan jururawat.

“Kekurangan staf telah menyebabkan Wad 9A dan 10A yang melibatkan lebih 100 katil pesakit tidak dapat digunakan.

“Hanya 10 daripada 18 bilik pembedahan dapat digunakan di HSI.

“Ia mengakibatkan pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan dan bermakna ramai juga pesakit yang terkorban sementara menunggu giliran untuk dirawat di HSI,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada 23 Mei lalu, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) dilaporkan berdepan isu kekurangan kakitangan kesihatan, terutama doktor dan jururawat yang dianggarkan hampir 2,800 staf di negeri ini.

Onn Hafiz dilaporkan berharap KKM dapat mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah itu bagi membolehkan hospital awam di negeri ini dapat berfungsi pada tahap optimum selain menampung keperluan serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sukan untuk semua, 42 pasukan DUN meriahkan Liga Bola Jaring Pahang 1st

NEGERI Pahang kini melakar sejarah tersendiri dalam arena sukan apabila penganjuran julung kali Liga Bola Jaring Pahang 1st berjaya...

More Articles Like This