Wanita curi rantai leher budak di Karnival Jom Heboh ditahan polis

Dari Penulis

SEORANG wanita ditahan selepas dipercayai mencuri rantai leher milik seorang kanak-kanak perempuan di tapak Karnival Jom Heboh dekat Stadium Shah Alam, 5.40 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.09 malam.

Beliau berkata, pengadu seorang wanita Melayu telah merakam kejadian semasa suspek mengambil rantai leher dengan cara memotong sesuatu objek lalu menarik rantai tersebut.

“Siasatan mendapati orang ramai telah datang ke karnival terbabit dan suspek seorang wanita Melayu telah mengambil kesempatan mencuri rantai leher kanak-kanak berusia empat tahun di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau jenayah melibatkan kes curi.

Kes disiasat mengeikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Norazizi Samsuri di talian 014-9472881.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This