PRN: Ahmad Faizal umum tidak bertanding di mana-mana kerusi di 6 negeri

Dari Penulis

TIMBALAN Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan tidak akan bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri yang akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Meskipun baharu sahaja dilantik sebagai Pengerusi Bersatu serta Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan, beliau berkata ia bukanlah satu tiket dan tugasnya adalah membantu melicinkan perjalanan jentera parti menjelang PRN.

“Saya buat pengumuman hari ini walaupun saya dilantik memegang jawatankuasa ini untuk melicinkan jentera pilihan raya… saya buat pengakuan tidak akan bertanding… termasuk di Negeri Sembilan… Ini kerana saya berasal dari Perak dan saya berhasrat memberi khidmat di tempat sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu negeri dan Badan Perhubungan PN negeri yang pertama di Seremban hari ini selepas mengambil alih jawatan berkenaan daripada bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Syith.

Mengenai pembahagian kerusi Bersatu di Negeri Sembilan, Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerusi mewakili Bersatu berkata ia telah selesai dilaksanakan dan sedang menunggu saringan oleh pucuk pimpinan tertinggi yang akan diputuskan kemudian.

Selain Negeri Sembilan, negeri yang akan mengadakan PRN ialah Selangor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This