Aaron Aziz dapat jumpa Chris Hemsworth, siap bersalaman lagi tu! Netizen komen, rezeki lepas kena singkir dengan Syamsul Yusof

Dari Penulis

PELAKON Datuk Aaron Aziz telah membuatkan ramai ‘gigit jari’ apabila berpeluang berdiri satu pentas dengan aktor terkenal Hollywood, Chris Hemsworth di tayangan gala perdana filem Extraction 2 yang berlangsung di Manila, Filipina, semalam.

Aaron atau Aaron Mustapha Aziz,47, turut dilihat berpeluang bersalaman dengan Chris dan Sam Hargrave.

Selain Aaron, pelakon Iedil Dzhurie Alaudin antara selebriti Malaysia yang diundang secara ekslusif menonton filem terbaharu lakonan Chris.

Meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk bertemu dengan dua figura hebat itu, Aaron mengakui Extraction 2 sebuah filem yang sangat hebat.

“Alhamdulillah, inilah kejutan yang abang katakan. Allah tahu yang terbaik. Aksi lawak gempak gila.

“100 kali ganda lebih baik daripada filem Fast X,”kongsi Aaron menerusi hantaran video di TikTok miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Slip disc, kenaikan berat badan & pandangan pelakon lain antara faktor Aaron Aziz digugurkan daripada membintangi The Original Gangster – Syamsul Yusof

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan peluang besar yang diberikan kepada Aaron itu adalah hikmah selepas namanya digugurkan daripada filem The Original Gangster yang diarahkan oleh Syamsul Yusof.

“Rezeki lain, orang tak nak kita, Allah gantikan yang lebih padu.

“Dibuang di sana, diangkat di sini.

“Allah tu Maha Adil kan. Dia dengar segala doa orang yang teraniaya dan dianiaya. Apa pun terbaik, bang,”komen netizen.

Terdahulu, Syamsul mencetuskan kontroversi apabila menggugurkan nama Aaron daripada senarai pelakon filem The Original Gangster disebabkan faktor kesihatan, berat badan dan usia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

TV AlHijrah, MAIWP santuni 30 pelajar asnaf menerusi program Bangkit Asnaf 2026

PEMBANGUNAN modal insan dan suntikan motivasi berterusan menjadi kunci utama dalam usaha membebaskan golongan asnaf daripada belenggu kemiskinan tegar. Menyedari...

More Articles Like This