Bila anak minta nak makan Tuna Fresh Toast, cepat-cepatlah kita buatkan. Tak susah mana pun, menu ringkas tetapi mengenyangkan. Sedap pun sedap, tak sampai 20 minit dah dihidangkan. Senangkan..!

TUNA FRENCH TOAST
BAHAN INTI TUNA
180 gm ikan tuna – tuskan minyak
2 sudu besar mayonis
½ biji bawang besar – cincang
1 tangkai daun bawang – hiris nipis
1 sudu besar jus lemon
Garam dan lada putih
BAHAN FRENCH TOAST
4 keping roti sandwich
3 biji telur
4 sudu besar mentega
Sedikit minyak masak
Garam dan lada putih
CARA PENYEDIAAN

INTI : Satukan ke semua bahan inti sehingga sebati. Ketepikan.

Sapu sekeping roti dengan mentega sehingga rata.

Kemudian sekeping lagi roti, ambil sesudu inti tuna dan tekapkan bersama lapisan mentega. Ketepikan.

Pukul telur bersama garam dan lada putih.

Potong roti kepada 4 segi dan celupkan pada telur.

Goreng dengan minyak atau mentega sehingga garing. Angkat dan hidangkan.

Penulis merupakan Pengarang SAJI di UtusanTV dengan pengalaman lebih 23 tahun dalam bidang kewartawanan. Kerjaya penulisan bermula pada tahun 1996 di HVD Film Production (M) Sdn Bhd sebagai penulis skrip selama tujuh tahun. Seterusnya, penulis menyertai Utusan Karya Sdn Bhd pada tahun 2003 sebagai wartawan dan jawatan terakhir sebagai Pengarang SAJI. Pada tahun 2023 bertugas di Utusan Binders Sdn.Bhd. di bawah jenama UtusanTV sehingga kini.
Sepanjang kerjaya, penulis berkemahiran dalam penulisan dan liputan pelbagai isu, khususnya berkaitan pemakanan. Selain mencipta resipi, penulis juga terlibat dalam penerbitan buku resipi untuk chef-chef, menjadi juri pertandingan masakan, serta aktif dalam penganjuran acara dan program CSR.
Sebarang jemputan acara, kerjasama bagi event & CSR, pelancaran produk atau sidang akhbar boleh diajukan melalui e-mel: [email protected].

