Pelanggan naik hantu selepas pekerja panggil pak cik bukan ‘baby’

Dari Penulis

SEORANG pelanggan mengamuk selepas permintaan untuk memanggil dirinya abang atau “baby” tidak dilayan pekerja sebuah kedai makan dekat Pusat Bandar Putra Point, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 pagi kelmarin dan laporan polis diterima pada hari ini selepas video terbabit tular di media sosial.

Beliau berkata, pekerja kedai itu yang tetap memanggil suspek pak cik telah menyebabkan pelanggan itu marah.

“Setelah pekerja menyerahkan bungkusan makanan dan minuman yang dipesan suspek bertindak agresif dengan menjerit, memaki hamun, mengugut serta membuat kacau.

“Suspek juga telah membaling bungkusan makanan dan minuman panas ke dalam ruang restoran lalu terkena anak pengadu berusia empat tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek juga membaling beberapa kerusi dan menendang meja beberapa kali sehingga mendatangkan ketakutan kepada pelanggan lain.

Katanya, polis kini mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 506/352 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor G. Dinesh di talian 011-3309 4457.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ekonomi negara berkembang positif kesan pelaksanaan reformasi Kerajaan MADANI – PM

MESKIPUN dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan namun perkembangan ekonomi negara menunjukkan petanda yang positif. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

More Articles Like This